Semoga Tuhan Merahmati Sains

Semoga Tuhan Merahmati Sains

Penulis (Author) : Asif A. Khushaini
Genre: Physics
Tarikh Tamat (Date Finished) : 9 May 2017
Rating: 5 / 5

“What is the most resilient parasite? Bacteria? A virus? An intestinal worm? An idea. Resilient… highly contagious. Once an idea has taken hold of the brain it’s almost impossible to eradicate. An idea that is fully formed – fully understood – that sticks; right in there somewhere.”

Cobb (Inception, 2010)

Rata-rata mereka yang sukakan movie pasti tahu cerita ini. IMDb (bukan 1MDB), meletakkan 8.7 rating bagi movie ini, sekali gus meletakkan pada tangga 14 movie terbaik dalam senarai mereka.

Baik, saya bukan ingin bercakap tentang movie itu. Aku ingin bercakap mengenai petikan di atas.

Idea atau pemikiran.

Buku yang aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC baru-baru ini membuatkan aku rasa sesal dan rindu terhadap subjek Fizik semasa di sekolah menengah dan kolej persediaan dahulu.

Kenapa ? Kerana kurangnya intuitif dan sikap bertanya soalan terhadap apa yang diajar. Walaupun aku kira cikgu aku semasa sekolah menengah dan kolej boleh sahaja menjawab persoalan tersebut kerana mereka guru yang bagus yang bukan mengajar supaya kena hafal sahaja.

Buku ini menggunakan bahasa dan analogi yang mudah untuk difahami oleh pembaca dan menerangkan secara intuitif tanpa pergi terlalu dalam mengenai formula yang digunakan. Contoh, mengenai konsep pantulan cermin [analogi, penyerakan (dispersion) [analogi 20 orang dalam ruang menyampaikan input] konsep kadar perubahan (analogi dua orang lelaki tarik tali), dan konsep elektromagnetik (durian menggantikan magnet!).

Tetapi, penulis bukan sahaja bercakap tentang Fizik yang biasa diajar di kelas. Beliau juga memasukkan perbincangan yang lebih luas lagi seperti Fizik Kuantum, Fizik Partikel, general theory of relativity, Schrodinger’s cat (lagi), dan black hole dan cuba menerangkan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Bagi aku, ada 3 topik yang aku sangat suka yang disentuh dalam buku ini, iaitu:-

1. General theory of relativity.
2. Black hole.
3. Gelombang

Kelebihan penulis mungkin dari segi tingkah laku dan pemikirannya tidak skema dan selalu kritis tentang ilmu. Juga, penulis menulis pengalaman beliau semasa liar zaman remaja dahulu dan kaitkan dengan topik fizik. Hasilnya, aku kira penulisan ini menjadikan Fizik itu ‘hidup’ sebagai satu naratif yang menarik.

Dengan bahasa yang bersahaja tetapi tidaklah terlalu berlebihan, aku kira penulis berjaya menagkap minat aku terhadap buku ini dan reignite minat aku terhadap fizik. Mungkin juga kerana Fizik Teori yang menjadi kepakaran atau fokus beliau lebih diminati aku dari segi ideanya berbanding Fizik Eksperimen.

Oh ya, ada juga perencah-perencah lain di dalam buku ini. Bukan sahaja tentang Sains, tetapi turut serta ditambah sedikit kritikan terhadap masyarakat serta sistem pendidikan Malaysia, dan terhadap ahli politik. Juga tak dilupakan kata-kata semangat refleksi dalam bab terakhir yang aku kira luahan ikhlas dari hati penulis mengenai konsep hidup dan mati dan keinginan beliau untuk “terus hidup” di bumi ini selama-lamanya sehingga akhirat.

Apa erti “terus hidup” di sini?

Mengambil petikan penulis.

“Manusia tak akan mati walaupun fizikalnya mereput dan tidak lagi berfungsi tetapi manusia akan mati jika dia hilang dari memori dan pergi tanpa meninggalkan legasi”

Asif A. Khushani, (LinkedIn beliau: https://my.linkedin.com/in/asif-khush…) , memori idea dan penulisan ini akan tersemat di hati dan fikiran aku, dan mereka yang membaca buku ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s