Hentikan Polemik Negara Islam

Hentikan Polemik negara Islam

Penulis (Author) : Abd Manaf Ahmad
Genre: Islam, Politics
Tarikh Tamat (Date Finished) : 6 May 2017
Rating: 3.5 / 5

Satu usaha untuk memberikan penerangan dari sudut perlembagaan tanpa unsur dogmatik dan retorik. Penulis mula-mula menerangkan dari sudut pandang sejarah Islam dan pelbagai definisi negara Islam pada pandangan ulama’ dan tokoh Islam kontemporari dan silam.

Seterusnya pada bab kedua, penulis menyentuh aspek-aspek persoalan seperti pakatan dengan bukan Islam, hak orang bukan Islam, sistem pilihanraya menepati negara Islam dan polemik pelaksanaan hudud secara ringkas.

Akhirnya, pada bab ketiga, barulah penulis memberikan jawapan dan pendapat mengenai permasalahan seputar Malaysia sebagai negara Islam.

Dalam ketiga-tiga bab ini terdapat mengenai hak-hak orang bukan Islam, maqasid Syariah, perbincangan mengenai Perlembagaan itu sendiri, sejarah perlembagaan Malaysia secara ringkas (baru tahu rupanya dalam jawatankuasa Reid ada seorang Muslim dari Pakistan, Hakim Abdul Hamid. Menariknya, Pakistan baru sahaja ditubuhkan pada tahun 1947 dan saya anggap semestinya Hakim Abdul Hamid dipengaruhi pemikiran Muhammad Iqbal yang mencanangkan satu negara autonomi buat umat Islam pada tahun 1930-an. Menarik untuk dibaca lebih detail pengaruh Hakim Abdul Hamid dalam Suruhanjaya Reid ini)

Mungkin bahagian yang paling menarik ialah bahagian dalam bab ketiga. Penulis mengepilkan bersama kertas kerja Dato’ Mohamad Naser bin Disa yang bertajuk Islam Agama negara: Undang-undang Tertinggi Negara. Dalam kertas kerja ini, Dato’ Naser menyentuh beberapa salah tanggapan berkenaan Islam Agama negara.

Secara umumnya, buku yang ditulis ini hanya sekadar ringkasan sahaja untuk memahamkan masyarakat umum. Aku kira, untuk pembahasan yang lebih mantap dan jitu, tidak cukup dalam 100 muka surat sahaja untuk hujahan yang padu.

Sebagai konklusi, aku boleh katakan:-
Malaysia ialah sebuah Negara Islam tetapi aku berpendapat konteksnya berbeza daripada Iran atau Pakistan yang nama negara tersebut sudah terpapar nama “Islam” dan juga berbeza dengan negara seperti “Kingdom” Saudi Arabia, namun perlu penambahbaikan supaya Islam di negara ini bukanlah hanya pada aspek nama, sebagai satu ‘institusi’, dan disalahgunakan.

Tetapi, perlu untuk mengisi dan menghayati Islam sebagai satu agama sebagai cara hidup dan pegangan harian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s