Angkatan Baru

Angkatan Baru.jpg

Penulis (Author) : Hamka
Genre: Fiction, Social Critics
Tarikh Tamat (Date Finished) : 28 December 2016
Rating: 3.5 / 5

” Adakah dia mengetahui cinta menurut falsafah Beethoven atau menurut karangan Manfaluthi dan Guthe? Adakah cinta itu disandadkannya kepada kekuatan budi dan ketinggian perangai?


Tidak, belumlah sampai pengajiannya ke situ, bahkan bukan ke situ tujuan baginda. Cinta menurut Syamsiar ialah bebas dari ikatan ada, bebas dari ikatan basi-basi kampung yang kolot, memujuk dan bercumbu, walaupun di hadapan ninik-mamak!”


Satu novel kritikan sosial terhadap pelbagai pihak dalam satu novel.

Kritikan terhadap gaya pandang masyarakat pada kedudukan dan pendidikan, kepada pemikiran ‘kebabasan’, kepada cinta yang hanya bersandarkan kehangatan semata-mata tanpa timbang tara erti kepakaran hidup bersama, kritikan terhadap erti perkahwinan yang salah, juga kritikan kepada ‘pemidato’ dan ‘intelektual’ yang tidak bisa mengurus dan mengatur kehidupan sendiri.

Novel ringkas, walaupun tampak seperti rekaan, tetapi sebenarnya realitas lagi di sesetengah tempat di pelusuk dunia.

Leave a comment